Pilih Bahasa

10 anggota, keluarga PPM masih dikuarantin

Oleh Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Seramai 10 anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah, dan ahli keluarga mereka masih dikuarantin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata semua mereka akan tamat menjalani kuarantin pada 16 Mei depan.

Mohamad Pajeri (kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada salah seorang pegawai PPM di majlis berkenaan. Gambar SNT/Ihsan PPM

“Sebelum ini, seramai 34 anggota PPM termasuk empat pegawai dan 10 ahli keluarga mereka menjalani kuarantin Covid-19.

“Alhamdulillah 24 daripada mereka iaitu empat pegawai, 16 anggota serta empat ahli keluarga disahkan negatif Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian amanat, penyerahan surat penghargaan kepada pegawai dan anggota PPM, media dan orang awam di bilik mesyuarat Sri Sipadan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Pada majlis itu juga berlangsung pembayaran zakat oleh pegawai dan anggota PPM.

Mengulas lanjut, Mohamad Pajeri berkata, sehingga kini hanya 10 yang masih dikuarantin sehingga 16 Mei ini.

“Saya berharap supaya tiada sebarang perkara tidak diingin berlaku,” katanya.

Mohamad Pajeri yang bertugas sebagai Komandee PPM Wilayah 4 Sabah selama setahun empat bulan akan berpindah ke Pusat Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) awal Jun depan dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Staff III. – SabahNewsToday