Pilih Bahasa

100 penduduk Kampung Lumadan sertai iftar Kumpulan Yayasan Sabah

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Zulkhairi (tujuh dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Kampung Lumadan, Haron Ahmad (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Dr. Ishak (lapan dari kanan). – Gambar SNT/Ihsan Kumpulan Yayasan Sabah

BEAUFORT: Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melalui pejabat Zon Pedalaman Selatan menganjurkan majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Lumadan, Beaufort Jumaat lalu (17 Mei).

Seramai 100 penduduk dari Kampung Lumadan telah menghadiri majlis berbuka puasa tersebut yang diadakan secara sederhana tetapi penuh bermakna.

Penduduk Kampung Lumadan yang hadir pada majlis iftar anjuran Kumpulan Yayasan Sabah – Gambar SNT/Ihsan Kumpulan Yayasan Sabah

Pada majlis tersebut juga, penyampaian sumbangan barangan masjid oleh Kumpulan Yayasan Sabah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Zon Pedalaman Selatan, Zulhkhairi Ismail.

Turut hadir bersama di majlis itu ialah Ketua Pengurus Kumpulan Zon merangkap Pengurus Kumpulan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi, Dr. Ishak Johari mewakili Pengarah Yayasan Sabah. – SabahNewsToday