Pilih Bahasa

13 jelitawan berentap rebut gelaran Miss Earth Malaysia 2019 di Kota Kinabalu

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: 13 jelitawan bakal berentap bagi merebut gelaran Miss Earth Malaysia 2019 yang bakal berlangsung pada 5 September hadapan.

Bertempat di Sutera Harbour Resort, semua jelitawan mewakili negeri seluruh negara.

Barisan jelitawan yang bakal menyertai Miss Earth Malaysia 2019 bergambar bersama tetamu kehormat selepas sidang media di Kota Kinabalu. Gambar SNT/ Ihsan Aizad Photography

Miss Earth adalah salah satu kategori utama bagi pertandingan ratu cantik Woman of Malaysia selain gelaran Miss Glamor Look, Miss Asia Pacific International dan Jewel of The World.

Pengarah Nasional Woman of Malaysia 2019, Abdul Nazri Abdullah berkata pemenang bagi setiap kategori akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa untuk empat pertandingan ratu cantik.

Abdul Nazri berkata Miss Earth Malaysia bukan sahaja mempertandingkan kecantikkan seseorang peserta malahan penilaian keseluruhan turut dilihat pada tahap kepekaan berkaitan isu smasa khususnya berkaitan alam sekitar.

“Pertandingan seumpama ini boleh menjadi platform kepada wanita yang mempunyai kecantikkan dan bakat dalam dunia peragaan.

“Sabah sendiri memiliki prtandingan ratu cantik Unduk Ngadau yang sering menjadi rebutan saban tahun namun apabila tamat pertandingan, bakat mereka ibarat terbatas pada peringkat negeri sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Miss Earth Malaysia 2019, dekat sini, semalam.

Pemenang Miss Earth Malaysia 2019 akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 selain akan mewakili negara ke pertandingan Miss Earth International 2019 di Filipina pada 14 September.

Dalam pada itu, Abdul Nazri berkata beliau berharap semua peserta dapat menampilkan keyakinan diri serta melengkapkan diri dengan pengetahuan. -SabahNews Today