Pilih Bahasa

135 GERAI JUALAN MENANTI PENGUNJUNG TAMU BESAR KPD BERMULA 26 JAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 135 gerai jualan menawarkan pelbagai produk hasil pertanian menanti pengunjung di Tamu Besar KPD bermula esok sehingga 27 Januari.

Para penggemar durian berpeluang menikmati ‘raja buah’ tersebut dalam Program Makan Durian Sampai Kenyang’ dengan kadar bayaran RM25 seorang pada 26 Januari.

Tamu besar ini yang dianjurkan oleh Korporasi Pembangunan Desa (KPD) sempena Perayaan Tahun Baru Cina akan diadakan di Kompleks Pemasaran KPD Tanjung Lipat.

Ia akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 7 malam pada 26 Januari (Sabtu) dan dari pukul 6.00 pagi hingga 1.00 petang pada 27 Januari (Ahad) ini.

Pengunjung-pengunjung ke-1000, 1500, 2000, 2500 dan 3000 akan menerima hadiah tajaan gabungan para penjual di tamu besar ini.

Para pengunjung berpeluang menyaksikan Tarian Singa pada 27 Januari yang dijadualkan bermula pada pukul 10.00 pagi.

Pelbagai produk KPD akan dijual di tamu besar ini seperti tiga jenis madu lebah iaitu madu kelulut, potiukan dan tropikal, ais krim susu kambing pelbagai perisa, susu kambing segar, teh moringa, ayam kampung hidup, ayam kampung segar, ayam pedaging segar, kelapa pandan, cendawan shiitake, pomelo, pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.

Acara-acara lain ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, senamrobik (Aerodance), karaoke, pameran kenderaan serta jualan pelbagai produk industri kecil dan sederhana tempatan.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang tamu besar ini boleh menghubungi Ibu Pejabat KPD 088-291381, Nicholas 014-3590065 dan Arifin 017-8038416.-SabahNewsToday