Pilih Bahasa

LELAKI SOROK ATAS SILING DIPENJARA 6 BULAN

Oleh Chris Maskilone

Tempat lelaki tersebut menyorok dan ditangkap di Alam Mesra. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang cuba menyorok di atas siling bangunan pencawang SESB di Alam Mesra dalam usaha mengelak dari ditangkap pada penghujung tahun lalu dijatuhi hukuman enam bulan penjara hari ini.

Magistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman tersebut setelah Alimar Ekoh, 31 mengaku salah terhadap tuduhan menceroboh bangunan milik syarikat utiliti tersebut.

Sabah News Today telah menyiarkan laporan penangkapan lelaki yang sedang bersembunyi di atas siling bangunan pencawang SESB Alam Mesra pada jam 3.30 petang, 26 Disember lalu.

Terdahulu, lebih kurang jam 5.30 pagi Alimar cuba memotong kabel elektrik di kawasan berkenaan namun kenampakkan oleh seorang pengawal keselamatan yang kemudian cuba mengejarnya tetapi berjaya melarikan diri.

Alimar didakwa dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.-SabahNewsToday