Pilih Bahasa

15 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tembovo Ketiau

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Anggota bomba giat melaksanakan operasi pemadaman kebakaran membabitkan 15 buah rumah di Kampung Tembovo Ketiau. – Gambar SNT/Ihsan Bomba-

PENAMPANG: Sebanyak 15 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tembovo Ketiau, dekat sini semalam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat  Penampang, John Radsung berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 3.59 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Kebakaran yang memusnahkan 15 buah di Kampung Tembovo Ketiau. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

John berkata setibanya di tempat kejadian pihaknya mendapati 15 buah rumah jenis tidak kekal sudah terbakar 100 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 3.30 petang itu.

Beliau berkata kedudukan rumah terlalu rapat antara satu sama lain menjadi salah faktor kebakaran merebak dengan cepat.

Menurut John, pihaknya dengan kekuatan 18 anggota dan empat jentera berjaya menyelamatkan lima buah lagi rumah berhampiran daripada turut terbakar.

Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 4.40 petang namun operasi pemadaman masih diteruskan.

John berkata punca kebakaran dan nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan. – SabahNewsToday