Pilih Bahasa

150 pelajar terpilih di Sabah dapat tajaan Petronas

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Seramai 150 pelajar Sabah mendapat penajaan daripada syarikat petroleum negara, Petronas.

Mereka termasuk 28 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang yang terpilih dalam Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyampaikan Diploma Instrumentasi dan Sistem Kawalan kepada penerima Anugerah Pelatih Terbaik Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTC) Dinna Salim pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2019 di Grand Ballroom, Hotel Marriot, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Seramai 69 pelajar kurang bernasib yang menuntut di Maktab Rendah Sains Mara di bawah program Budi-Petronas turut tajaan manakala baki 53 pelajar adalah pelatih di pelbagai institusi teknikal di bawah Program Penajaan dan Latihan Vokasional Petronas (Vista).

Menerusi penajaan itu pelajar dan pelatih akan menerima elaun pendidikan untuk menampung keperluan mereka seperti makanan, bahan pendidikan, pakaian seragam dan keperluan lain.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bergambar bersama Pengerusi PETRONAS Datuk Ahmad Nizam Salleh serta pelatih Pusat Latihan Petroleum Kimanis yang tamat kursus pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2019 di Grand Ballroom, Hotel Marriot, Kota Kinabalu. Turut kelihatan Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusuf Yacob. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Tajaan itu disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2019 di sini hari ini.

Dalam ucapannya Mohd Shafie berkata usaha Petronas dalam membantu aspek penajaan pendidikan di Sabah dapat meringankan bebanan pelajar kurang berkemampuan selain memberikan mereka peluang melanjutkan pelajar ke peringkat lebih tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyampaikan Diploma Instrumentasi dan Sistem Kawalan kepada Clayrisa Lea Marius pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2019 di Grand Ballroom, Hotel Marriot, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Saya yakin Petronas sebagai sebuah syarikat banyak membantu bukan hanya dari segi penajaan pelajar tapi juga penyediaan prasarana seperti infrastruktur di Ranau dan beberapa kawasan di Sabah.

“Sudah tentu ini akan ini akan dapat meringankan bebanan penduduk daif kerana mereka bukan hanya memerlukan bantuan kerajaan tetapi juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas untuk melahirkan sumber tenaga manusia berpendidikan di negara ini,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob; Pengerusi Petronas, datuk Ahmad Nizam Salleh dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman.

Mohd Shafie menambah kerajaan negeri amat mengali-alukan sumbangan dan usaha berterusan Petronas dalam memastikan bidang pendidikan di Sabah terus maju sekaligus melahirkan modal insan cemerlang pada masa depan. – SabahNewsToday