Pilih Bahasa

17.19 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi: SPR

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Karim Bujang membuang undi di SK Kimanis. – Gambar SNT/Ihsan unit media DKB

KIMANIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 17.19 peratus pengundi yang layak telah menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini.

Menurut SPR peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis itu adalah setakat 9.00 pagi ini.

Karim (dua dari kiri) ditemani isteri, Datin DK Maimun Pengiran Bagul (dua dari kanan) menunjukkan nombor calon semasa tiba di pusat pengundian SK Kimanis untuk membuang undi. – Gambar SNT/Ihsan unit media DKB

Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang membuang undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohammad Alamin di SK Old Lady Kampung Kelatuan. – SabahNewsToday