Pilih Bahasa

18 buah kampung dan tiga sekolah perlu dikeluarkan dari hutan simpan Nabawan-Bobbey Suan

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Seorang Adun kerajaan negeri kecewa kerana 18 buah kampung dan tiga sekolah rendah masih lagi belum dikeluarkan daripada kawasan hutan simpan di Nabawan, Pensiangan walaupun permohonan telah dibuat sekian lama.

Membahas Rang Undang-Undang Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 1984 pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri kelmarin, Adun Nabawan Datuk Bobbey Suan berkata:

“Saya menyambut baik pindaan terhadap Enakmen ini namun pada masa yang sama saya juga berasa amat kecewa memandangkan tiada satupun kampung-kampung yang terkandung dalam hutan simpan di Nabawan terlibat.”

Datuk Bobbey Suan. Gambar Fail SNT

Antara kampung-kampung terbabit ialah Kampung Siatu, Kampung Babayasing, Kampung Simohong, Kampung Sibangali, Dobolon, Saliku, Sinapar, Kampung Saliliran, Kampung Kabu, Kampung Pangaraan, Kampung Siwanal, Kampung Kawangku, Kampung Katambalang, Kampung Sebungoh, Kampung Silungai, Kampung Pohon Batu, Kampung Sumbiling dan Kampung Salarom.

Tiga buah sekolah kerajaan yang terlibat terletak di Kampung Sibangali, Kampung Saliliran and Kampung Pohon Batu.

Menurutnya, kampung-kampung ini tersepit apabila hutan di mana ianya terletak diklasifikasikan sebagai Hutan Simpan Kerajaan apabila Enakmen Hutan 1968 digubal yang telah dipinda pertama kali pada tahun 1984.

Dalam pada itu, Bobbey ingin tahu sekiranya wakil-wakil rakyat turut dilibatkan ataupun pandangan mereka diambil kira dalam cadangan pengeluaran kampung-kampung dalam hutan simpan.

“Ini amat penting kerana masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan hutan simpan ini yang selalu bertanya kepada kami sebagai wakil rakyat,” katanya, sambil menambah rakyat yang

Sehubungan itu, Bobbey mencadangkan agar wakil-wakil rakyat serta ketua-ketua adat yang berkenaan turut dilibatkan dalam segala perbincangan sekiranya eksesais ini perlu dilakukan lagi kerana mereka lebih tahu keadaan di kawasan masing-masing.-SabahNewsToday