Pilih Bahasa

PRESIDEN MPS NAFI DAKWAAN, AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

SANDAKAN: Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Peter Hii Chang Lik menafikan semua dakwaan dibuat oleh Pemuda Umno yang terhadapnya.

Pemuda Umno membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan pada Khamis meminta pihak berkuasa untuk menyiasat salah laku serta penyelewengan didakwa dilakukan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.

Datuk Peter Hii. Gambar Fail SNT

Dakwaan (laporan polis) yang dinyatakan oleh pengadu adalah mempunyai agenda politik dengan niat untuk melemahkan pemerintahan kerajaan hari ini.

Hii berkata beliau sedia disiasat pada bila-bila masa kerana setiap tuduhan berkenaan didakwanya sebagai fitnah, tidak berasas dan cubaan menjatuhkan namanya sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.

“Tuduhan tidak berasas yang tidak berlandaskan bukti itu juga telah mencemarkan imej Majlis Perbandaran Sandakan dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana sebelum ini dia sudahpun memberi kerjasama penuh terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tuduhan yang sama.

Pada masa sama, Hii juga akan berbincang dengan peguam sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan dan tindakan itu bagi menyedarkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan tidak berasas dan menfitnah orang.-SabahNewsToday