Pilih Bahasa

19 Kek dipersembahkan Kepada Tun Juhar sempena Hari Jadi Rasmi TYT Ke-65

Tun Juhar kagum melihat kek berbentuk motosikal vintage yang disediakan oleh Hyatt Recency Hotel. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 19 biji kek dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) yang ke-65 di Istana Negeri, pagi Selasa.

Pelbagai rekaan dan bentuk kek yang dihasilkan khas dengan mengambil ilham dari hobi dan kegemaran Tun Juhar.

Tun Juhar bertanyakan sesuatu kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (kanan) mengenai kek yang disediakan. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Antara penyumbang-penyumbang tersebut adalah dari Nexus Resort Karambunai, Magellan Sutera dari Sutera Harbour, Hyatt Regency Kinabalu, Promenande Hotel, Le Meridien Kota Kinabalu, Sabah Oriental Hotel, Hilton Kota Kinabalu dan Dreamtel Hotel.

Tun Juhar beramah mesra bersama Panglima Angkatan Petugas 450, Mejar Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat semasa melihat kek yang disediakan oleh Angkatan Petugas 450. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Turut mempersembahkan kek ialah dari warga dari Kementerian Pertahanan iaitu Markas Pemerintahan Armada Timur, Markas Wilayah Laut 2 dan Markas Angkatan Petugas 450.

Chef Pritchard Ligadu (kanan) menerangkan mengenai kek yang dihasilkan kepada Tun Juhar dan Toh Puan. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Selain itu, Kolej Asian Tourism International Collage Sdn Bhd (ATI) turut mempersembahkan kek dengan mengambil ilham kampung halaman Tun Juhar.

Tun Juhar dalam ucapannya merasa kagum dengan kreativiti yang ditonjolkan pada kali ini dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang berterusan daripada semua yang terlibat serta memaklumkan semua kek tersebut akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan sekitar Kota Kinabalu.

Tun Juhar bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbour, Gerard Tan (empat dari kanan) dan kakitangan. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Turut hadir Panglima Armada Timur, Datuk Abdul Rahman Ayob; Panglima Angkatan Petugas 450, Mejar Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.-SabahNewsToday/Jabatan Penerangan

Tun Juhar bergambar kenangan bersama para penyumbang kek sempena harijadi rasmi Tuan Yang Terutama yang ke-65 . Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah