Pilih Bahasa

200 anak yatim dirai sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Seramai 200 orang anak yatim mewakili semua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah dirai sempena Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini.

Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni hadir pada Sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Sabah 2019 di perkarangan Rumah Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Sumbangan ikhlas tersebut adalah daripada Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Sabah (Perwisa) yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni sambil disaksikan oleh Mohd Shafie dan isterinya merangkap Presiden Perwisa, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Sementara itu, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira lebih 5,000 pengunjung bersilih ganti seawal pukul 9 pagi.

Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memotong kes sempena Sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Sabah 2019 di perkarangan Rumah Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Acara tersebut juga dimulakan dengan persembahan tarian sambut tamu sebaik ketibaan Juhar dan isteri di Rumah Yayasan Sabah (RYS).

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian lagu-lagi hari raya di pentas utama sebelum acara seterusnya dijalankan.

Seramai 200 kanak-kanak menerika duit raya yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni pada Sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Sabah 2019 di perkarangan Rumah Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Seterusnya acara pemotongan kek sempena Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri oleh Juhar dan isteri bersama dengan Mohd Shafie dan isteri serta tetamu kehormat lain.

Acara yang turut dinanti-nantikan adalah persembahan khas oleh Juhar dan Mohd Shafie dengan mendendangkan beberapa buah lagi kepada pengunjung-pengunjung yang datang.

Dalam perkembangan lain, pelbagai juadah hari raya disediakan sepanjang majlis dijalankan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

Mohd Shafie berkata majlis seumpama itu sebagai satu petanda yang cukup baik bukan sahaja mampu mengeratkan ikatan silaturahim antara pemimpin serta rakyat dan antara sesama.

Mohd Shafie bergambar kenangan dengan para wakil media yang hadir membuat liputan Rumah Terbuka beliau. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Ia juga membolehkan supaya kita dapat membantu sedikit sebanyak dalam sektor ekonomi negeri dengan adanya gerai-gerai makanan yang disediakan di perkarangan RYS ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berkenaan di RYS, hari ini.

Turut hadir memeriahkan majlis, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Datuk Dr Jaujan Sambakong serta Datuk Christina Liew, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Seri Hashim Paijan, Menteri persekutuan dan negeri, pembantu-pembantu menteri dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah. -SabahNewsToday