Pilih Bahasa

21 Gimpuhut rebut gelaran Ratu Magahau 2019

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Seramai 21 ‘gimpuhut’ dari seluruh zon dalam negeri bakal bertanding bagi merebut gelaran Ratu Magahau 2019.

Kesemua peserta akan berentap di pentas akhir Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) yang akan diadakan di Dewan Komuniti Terbuka Pekan Matunggong.

21 Gimpuhut bergambar bersama Duta Samora Treacy Chee (belakang enam kanan) dan Ratu Magahau 2018 Crystaline Jaisus (belakang lima kanan). Gambar SNT/Alfred Petrus

Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) merangkap Pengerusi Penganjur Pesta Magahau Jose Madsinupu berkata pertandingan akhir tersebut akan diadakan pada 3 Ogos.

“Acara kemuncak ini juga akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” katanya dalam satu sidang akhbar di Rumah Tradisi Rungus, Muzium Negeri, hari ini.

Sementara itu, jelasnya Sodop Papak Tavasi (gala night) bagi MGM itu akan diadakan pada 1 Ogos malam bertempat di Wisma Tun Fuad.

Katanya Sodop Papak Tavasi bakal dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

21 Gimpuhut bergambar bersama Duta Samora Treacy Chee (tengah) dan Ratu Magahau 2018 Crystaline Jaisus (11 kanan). Gambar SNT/Alfred Petrus

Berkenaan pesta terbabit, Jose menyatakan sesuai dengan tema perayaan Pesta Magahau 2019 iaitu ‘Magahau Semangat Perpaduan Bangsa’, seramai kira-kira lebih 6,000 pengunjung dijangka akan menghadiri acara kemuncak berkenaan.

Tambahnya bagi Sodop Papak Tavasi pula, melebih 500 penyokong peserta akan menghadiri acara tersebut. -SabahNewsToday