Pilih Bahasa

23 buah rumah atas air terbakar

SANDAKAN: Kira-kira 23 buah rumah atas air terlibat dalam satu kebakaran di Kampung Karamunting, hari ini.

Kebakaran rumah atas air tersebut melibatkan keluasan dua ekar keseluruhannya.

Kebakaran memusnahkan 23 rumah atas air di Karamunting hari ini. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kebakaran tersebut berjaya dikawal daripada memusnahkan beberapa rumah yang lain.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 3.37 petang dan kerja-kerja memadam bara api masih giat dijalankan.

Anggota bomba sedang memadamkan bara api. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Sementara itu, ketika kejadian, dua orang wanita dilaporkan melecur kira-kira 10 peratus akibat kebakaran terbabit dan seorang lagi mengalami sesak nafas.

Kesemua mangsa diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital oleh Pasukan Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Dua orang mangsa (wanita) melecur 10 peratus dan seorang lagi mengalami sesak nafas telah diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital oleh EMRS.

Namun, maklumat mangsa tidak diperolehi.

Terdahulu PGO menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 2.05 petang dan menggegaskan seramai 18 orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan ke lokasi kejadian.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum diperolehi. -SabahNewsToday