Pilih Bahasa

2,393 bangunan seliaan JHEAINS sudah disanitasi

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: 2,393 bangunan di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di negeri ini sudah melalui proses sanitasi.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Saifulzaman Sangul berkata semua bangunan berkenaan sudah dinyah kuman sejak 18 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Saifulzaman Sangul menunjukkan senarai laporan nyahkuman premis dibawah seliaan JHEAINS pada sidang media di Wisma MUIS, hari ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Menerusi jumlah ini, 1,037 premis dinyah kuman adalah masjid manakala 1,028 membabitkan surau.

“Proses sama turut melibatkan 131 sekolah agama rakyat (SAR), 103 sekolah agama negeri (SAN) dan 72 madrasah.

“Selain itu, sanitasi juga dilakukan di 11 tadika, enam sekolah menengah agama negeri (SMAN), empat markas tabligh dan satu institusi tahfiz al-quran negeri Sabah (ITQAS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media JHEAINS, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Saifulzaman berkata pelaksaan sanitasi di semua bangunan seliaan JHEAINS dilakukan secara berterusan dalam memastikan tiada penularan wabak Covid-19. -SabahNewsToday