Pilih Bahasa

24 rumah terjejas, banjir kilat Kampung Lumat Laut

Oleh Junaidi Ladjana

MEMBAKUT: Masalah sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik dipercayai menjadi antara punca Kampung Lumat Laut, dalam kawasan Parlimen Kimanis, dilanda banjir kilat, hari ini.

Berikutan kejadian banjir kilat yang melanda sejak pagi itu menyebabkan sebanyak 24 buah rumah terjejas.

Pegawai Daerah Beaufort, [email protected] Etok berkata tiada pusat pemindahan dibuka dan jumlah rumah terjejas iaitu sebanyak 24 buah rumah.

“Kedalaman air banjir di kampung berkenaan sekitar 0.76 meter. Jalan ke Kampung Lumat boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Tiada pusat pemindahan sementara dibuka,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, banjir kilat itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran sungai Lumat tidak dapat menampung kadar air yang banyak hingga melimpah ke perkampungan berdekatan.

“Selain itu juga, menyebab banjir adalah masalah perparitan yang tidak diselenggara.

“Tindakan pemantauan sudah dilakukan di lokasi banjir,” katanya.

Bacaan paras air Sungai Membakut, ketika ini 6.20 meter melebihi paras amaran 5.60 meter.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Datuk Karim Bujang dan calon BN Datuk Mohamad Alamin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 18 Januari ini manakala hari pengundian awal pada esok. – SabahNewsToday