Pilih Bahasa

KKRBB bawa senyuman kepada Wargatua Sri Pritchard, Kinarut

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Ahli Kota Kinabalu Rider Big Bikes (KKRBB) baru-baru ini menganjurkan program kebajikan di Rumah Wargatua Sri Pritchad, Kinarut.

KKRBB hadir menggunakan 17 motorsikal berkuasa tinggi dan disambut oleh penjaga Sri Pritchard Esther Yap.

Salah seorang wargatua menerima sumbangan hamper daripada KKRBB. Gambar SNT/Ihsan KKRBB

Presiden KKRBB, Leslee Sojie berkata mereka akan meneruskan program sedemikian pada masa hadapan.

Ahli kelab KKRBB bergambar kenangan dengan penghuni Rumah Wargatua Sri Pritchard dalam lawatan amal tersebut. Gambar SNT/Ihsan KKRBB

Dalam program tersebut mereka sempat makan tengah hari dengan penghuni rumah wargatua dan bernyanyi karaoke sebelum menyampaikan sumbangan.-SabahNewsToday