Pilih Bahasa

25 Ketua Penaja Srikandi Bersatu Sabah terima watikah pelantikan

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Rina (barisan tengah) bergambar kenangan bersama 25 ketua penaja Srikandi Bersatu bahagian seluruh Sabah selepas majlis penyerahan watikan di Kampung Serusop Tuaran. – Gambar SNT/Ihsan Bersatu

TUARAN: Seramai 25 Ketua Penaja Srikandi Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menerima watikah pelantikan daripada Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun di Kampung Serusop Tuaran, semalam.

Mereka yang menerima watikah pelantikan ialah, Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) yang juga Penyelaras Srikandi Bersatu Sabah; Datuk Aminah Ambrose (Kudat), Datuk Redonah Bahanda (Kota Marudu), Hasrina Wati Golkan (Kota Belud), Jamaliah Antalip (Tuaran), Aziah Atoh (Sepanggar), Salmi Sarinoh (Kota Kinabalu), Salmah Sait (Putatan) dan Luvita Koisun (Penampang).

Turut menerima ialah Fahzean Mohiddin (Papar), Dayang Hairena Awang Basir (Kimanis), Datuk Surinam Sadikun (Sipitang), Datuk Amisah Yassin (Ranau), Amelia Ajun (Keningau), Sabini Asumor (Tenom), Nesha Azuren Abdul Ghani (Pensiangan), Aneh Jamri (Beluran), Annabell Perian (Libaran), Hasma Nurdin (Batu Sapi), Normawati Sarjam (Sandakan), Dayang Norhayati Titing (Kinabatangan), Mizma Appehdullah (Silam), Saridah Ab Lakata (Semporna), Datuk Rosdiana Md Nor (Tawau) dan Maria  Wahaya (Kalabakan).

Azizah (dua dari kiri) menerima watikah perlantikan daripada Rina sambil diperhatikan oleh Hajiji (kiri), Mohd Rafiq Naizamohideen (dua dari kiri) dan Masidi (kanan). – Gambar SNT/Ihsan Bersatu

Hadir sama Ketua Penyelaras Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor, Timbalannya, Datuk Masidi Manjun dan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Dalam pada itu Rina berkata peranan Srikandi Bersatu Sabah amat penting dan memerlukan sokongan padu disetiap bahagian serta meminta Srikandi mendekati rakyat terutama di peringkar umbi.

“Rakyat mahu melihat pembangunan berterusan bukan sahaja dari segi kemudahan asas seperti bekalan air, letrik, jalan raya tetapi juga pembinaan rumah PPRT untuk membantu rakyat yang memerlukan rumah melalui kaedah IBS,” katanya.

Rina (tengah) mengagihkan barangan keperluan asas kepada Azizah untuk Program Sentuhan Kasih Ramadan yang diadakan dalam bulan ini di 25 bahagian Srikandi Bersatu Sabah. – Gambar SNT/Ihsan Bersatu

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata kementeriannya akan menggunakan teknologi Sistem Industri Bangunan (IBS) bagi pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menurutnya penggunaan teknologi IBS ini mampu mengurangkan kos pembinaan sehingga 18 peratus berbanding rumah konvensional sekaligus dapat memenuhi 35,000 permohonan PPRT setiap tahun seluruh negara.

Beliau turut menekan bahawa kementeriannya akan meminta peruntukkan lebih pada tahun 2020 untuk memastikan rakyat terutama kawasan luar bandar dapat menikmati pembangunan yang di salurkan.

“Saya mengharapkan Srikandi sebagai penyampai maklumat dengan memberi maklum balas terhadap dasar-dasar kerajaan yang dibawa oleh Bersatu. Kita mesti kukuhkan parti untuk memastikan kestabilanm ekonomi dan pembangunan untuk rakyat berterusan. Srikandi akan bergerak lebih agresif serta melatih kepimpinan Srikandi untuk jadi pemimpin yang baik, berkarisma dari akar umbi dan atasan.

“Srikandi perlu dilihat sebagai pasukan. Apa yang perlu kita cakap mesti selari dengan kepimpinan di atas dan sebagai sebuah kerajaan baharu kita mesti dilihat kuat dan antara kita sendiri pun perlu dilihat begitu kuat supaya memberi keyakinan kepada rakyat,” jelasnya. – SabahNewsToday