Pilih Bahasa

30 anak yatim diraikan dalam majlis berbuka puasa

Oleh Sabah News Today

Dr Yusof (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima dalam majlis berbuka puasa di Sandakan. -Gambar SNT/Ihsan K-Pi

SANDAKAN: Seramai 30 anak yatim  diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Style Sandakan di sini pada Khamis. 

Daripada jumlah itu seramai 20 anak yatim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibah dan 10 daripada Darul Yakin itu turut menerima sumbangan Ramadan yang disempurnakan Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob. 

Majlis itu dianjurkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah (K-Pi) yang dikendalikan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sempena program Karnival Pameran dan Kerjaya. 

Hadir sama dua Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Mohammad Mohamarin dan Jenifer Lasimbang, Setiausaha Tetap K-Pi, Datuk Dr Mingu Jumaan, Pengarah Jabatan JPSM  Zainudin Aman dan Timbalan Pengarah JTK Sabah, Othman Abdullah. – SabahNewsToday