Pilih Bahasa

30 peserta Sugandoi Kaamatan Negeri mara ke pusingan separuh akhir

Oleh Alfred Petrus

30 peserta Sugandoi Kaamatan Negeri 2019 mara ke peringkat separuh akhir. – Gambar SNT/Alfred Petrus

PENAMPANG: Seramai 30 peserta berjaya mara ke pusingan separuh akhir pertandingan Sugandoi Kaamatan Negeri 2019.

Antara peserta yang berjaya melayakkan diri ke pusangan seterusnya adalah Adrian Dauli mewakili Karamunting, Afdin Fadle Patrick @ M Zulkarnain (Kunak), Alyssa Clairessa Andry (Moyog), Aznor Jipin (Kiulu), Carl’s Evert Sayun (Likas), Charlene Ahim (Labuk), Dabra Sia Ying Ying (Kadamaian) dan Erney Leonard Alai (Bingkor).

Turut menempah slot ke separuh akhir ialah Fino Eltiko Juanis (Paginatan), Geo Allen George (KDCA Johor), Grace Ah Ting (Kepayan), Joyce Rufiona Juanis (KDCA Pulau Pinang), Lina Laidin (Lumadan), Mamat San Ambu (Tanjong Aru), Medkhatu Simpong (Api-Api), Mohd Dinie Yusof Latif (Sukau) dan Nadiatul Azia Donatus (Karanaan).

Seramai 12 lagi peserta yang terpilih ialah Nor Ain Awang Damit @ Hassan (Karambunai), Presley Petrus (KDCA Labuan), Rahel Bagisik (Apas), Raymon Pajok (Balung), Reenn Abigail Carol (Pantai Manis), Ronn Langad (Tambunan), Sheldon Elev Evaritus (Petagas), Varrelene Julian (Elopura), Wirona Malun (Matunggong), Zilamaria Jaharie Majai (Melalap), Salvystion Anderson (Tamparuli) dan Eylia Eyre Guntabid (Luyang).

Kesemua 30 peserta berkenaan bakal berentap di pentas separuh akhir pada pada 26 Mei di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) bermula pukul 7 malam.

Peserta-peserta separuh akhir pula diwajibkan membawa lagu mereka berbahasa Kadazan, Dusun atau Murut (KDM) yang dinyanyikan pada peringkat suku akhir.

Dalam pada itu, seramai 10 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk bertanding di pentas Akhir Sugandoi Kaamatan Negeri 2019 yang akan diadakan pada 28 Mei kelak. – SabahNewsToday