Pilih Bahasa

300 MANTAN KETUA KAMPUNG DAN KETUA ADAT PARLIMEN TUARAN TERIMA PENGHARGAAN

Oleh Chris Maskilone

Tangau bergambar kenangan dengan mantan ketua kampung dan kakitangan Mahkamah Anak Negeri dalam majlis Jasamu Dikenang. Gambar SNT/Ehsan MTI

TUARAN: Seramai 300 mantan ketua kampung dan kakitangan Mahkamah Anak Negeri dari Kiulu, Tamparuli dan Sulaman dalam kawasan Parlimen Tuaran menerima sijil penghargaan perkhidmatan mereka.

Tangau menyampaikan sijil kepada Andrew Gideon. Gambar SNT/Ehsan MTI

Penyampaian sijil tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustrian dan Perdagangan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam majlis Jasa Mu Dikenang di Shangri-La’s Rasa Ria Resorts and Spa hari ini.

Tangau selaku Ahli Parlimen Tuaran dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada mantan pemimpin masyarakat atas khidmat serta menjalankan tugas sepertimana dikehendaki rakyat.

Tangau bertanya khabar dengan salah seorang mantan pemimpin masyarakat. Gambar SNT/Ehsan MTI

“Pencapaian kita yang lalu pastinya di nilai oleh rakyat yang mahu semua masalah ditangani dan penambaikan dibuat dengan cepat. Sebarang kelewatan boleh memberi kesan yang buruk kepada perkhidmatan kita,” katanya.

Tangau berharap sesiapa juga yang diberi kepercayaan menjadi ketua dan pemimpin adat dalam penggal yang baharu dapat memberi perkhidmatan cermerlang.-SabahNewsToday