Pilih Bahasa

32 anak yatim dirai Program Shopping Raya

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

SANDAKAN: Seramai 32 orang anak yatim dari sekitar Parlimen Batu Sapi diraikan sempena program Shopping Raya Bersama Anak-anak Yatim di Pasaria Yong Hin Sandakan, kelmarin.

Menurut Naib Ketua Puteri Umno Sabah, Hazulizah Mohd Dani berkata sumbangan itu diharap dapat menceriakan anak-anak yatim berkenaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Anak-anak yatim ceria bersama baju raya masing-masing bergambar kenangan dengan Hazulizah (lima dari kanan, barisan belakang). – Gambar SNT/Ihsan Puteri Umno

“Program amal Shopping Raya ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial Puteri Umno, selari dengan peranan kami sebagai Puteri Umno yang prihatin, penyayang dan bertanggungjawab.
 
“Program ini merupakan acara tahunan dan sudah diadakan sejak bertahun dan pada masa akan datang, Puteri Umno Batu Sapi akan mengadakan lebih banyak lagi aktiviti kebajikan sebegini akan dilakukan tanpa mengira perayaan,” katanya.
 
Dalam program itu, Hazulizah berkata anak-anak yatim tersebut diberikan peluang memilih sendiri pakaian kegemaran mereka. – SabahNewsToday