Pilih Bahasa

32 masjid dan 33 surau Dun Lumadan terima sumbangan Ramadan

BEAUFORT: Sebanyak 32 masjid dan 33 surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan menerima sumbangan Ramadan pada majlis berbuka puasa di Gem Hotel di sini pada Selasa.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.

Dr Yusof menyampaikan sumbangan Ramadan kepada penerima bagi pihak jawatankuasa masjid. Gambar SNT/Ihsan KP&I

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort, Jufri Etok, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Hj Mahadi Mumin, Pegawai Belia dan Sukan Pedalaman Bawah, Yassin Omar, Setiausaha Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Sipitang, Mohd Kassim Ali Yusof serta Ketua-ketua jabatan.

Pada majlis anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) itu Dr Yusof mengajak jawatankuasa masjid dan surau memperkemaskan pentadbiran keagamaan dan merancakkan program pengimarahan masjid dan surau.

Sebahagian daripada pengerusi masjid dan surau pada majlis berbuka puasa anjuran UPPM Dun Lumadan. Gambar SNT/Ihsan KP&I

“Mengimarahkan masjid dan surau ini mestilah berterusan dan bukannya dalam bulan ramadhan sahaja,” katanya.

Dr Yusof yg juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin turut berharap agar pemimpin agama turut berperanan mentarbiah pengisian rohani kepada mereka yang terlibat dengan gejala sosial seperti dadah, judi, arak dan aktiviti negatif yang lain.-SabahNewsToday