Pilih Bahasa

32 PASUKAN SERTAI KEJOHANAN BOLASEPAK 9-SEBELAH TOMBONUO

KOTA KINABALU: Sebanyak 32 pasukan terpilih dijangka akan bertanding pada Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah pada 2 dan 3 Feb ini, di Padang Sukma, Kompleks Sukan Likas.

Ahzveens @ Hilary Akian.Gambar Fail SNT

Timbalan Presiden Pertubuhan Bangsa Tombonuo Malaysia Ahzveens @ Hilary Akian berkata penyertaan dibuka kepada semua pemain seluruh Sabah.

“Antara tujuan penganjuran kejohanan ini ialah untuk memupuk semangat kesukanan, amalan gaya hidup sihat, meningkatkan semangat berpasukan, semangat setia kawan, mencungkil bakat-bakat generasi muda dan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan Gen-Y seluruh negeri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Ahzveens berkata pihak penganjur menyediakan pelbagai hadiah lumayan termasuk wang tunai, medal dan jersi.

“Juara bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, naib juara RM1,000, tempat ketiga RM500 dan keempat (RM250). Kesemua pemenang akan menerima medal dan 15 helai baju jersi,” katanya.

Selain itu katanya, Anugerah Khas turut diberikan kepada Pasukan Terbaik, Penjaga Gol Terbaik, Pemain Terbaik, Penjaring Terbanyak dan Pengurus Pasukan Terbaik.

Ahzveens berkata penyertaan kini dibuka kepada semua pasukan bola sepak seluruh Sabah dan yuran penyertaan ialah RM300.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Januari ini.

Keterangan lanjut sila hubungi Ahzlista Akian (010-9569677), Bonny Mosumbu (019-5834162), Dalan Awak (01125670861), Jackson Oyok (0198972386), Gabriel Amidin (0135576568) dan Harris Tikuson (0198965761).

Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah yang julung kali diadakan ini dianjurkan Pertubuhan Bangsa Tombonuo Malaysia bersama Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah.-SabahNewsToday