Pilih Bahasa

342 pegawai rendah polis dinaikkan pangkat

Oleh Junaidi Ladjana

Zaini (tengah) memakaikan pangkat kepada salah seorang pegawai polis sempena Perhimpunan Khas di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan. – Gambar SNT/Junadi Ladjana

KOTA KINABALU: Seramai 342 pegawai rendah polis di negeri ini dinaikkan pangkat Koperal hingga ke Sub Inspektor.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata kenaikan pangkat bermula daripada Koperal ke Sarjan, Sarjan ke Sarjan Mejar (SM) dan SM ke Sub Inspektor (SI).

“Mengikut pecahan iaitu Sarjan ke SM seramai 83, SM ke SI (44 orang), Koperal ke Sarjan (215 orang).

“Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi suntikan semangat untuk terus berkhidmat dengan berdedikasi lagi demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Zaini (tengah) memakaikan pangkat kepada salah seorang pegawai polis wanita pada Perhimpunan Khas di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan. – Gambar SNT/Junadi Ladjana

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Perhimpunan Khas di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan.

Mengulas lanjut, Zaini mengingatkan agar warga warga PDRM Sabah untuk tidak merasa lega dan berpuas hati di atas kejayaan menurunkan kadar jenayah indeks dan juga tangkapan dadah.

Beliau berkata pihak polis juga perlu mengutamakan perkhidmatan yang diberikan kepada masyakat kerana segala urusan dan tugas yang dijalankan adalah semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.

Ujar Zaini, adalah menjadi harapan beliau untuk melihat semua warga PDRM Sabah terus mengamalkan semangat kerja berpasukan tanpa mengira jabatan atau cawangan mereka bertugas. – SabahNewsToday