Pilih Bahasa

Tun Mahathir dan isteri tiba untuk lawatan kerja sehari di KK

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Kota Kinabalu Antarabangsa pagi tadi untuk lawatan kerja satu hari di sini.

Menyambut ketibaan mereka ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan penjawat awam negeri sebaik tiba di perkarangan bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Perdana Menteri dan isteri berada di Kuching, Sarawak semalam menghadiri acara sambutan Hari Malaysia.

Hari ini, beliau dijadualkan bertemu dengan Kabinet negeri Sabah di PPNS sebelum menghadiri satu program di Tanjung Aru Shangri-La’s Resort and Spa.

Malinaziah Datu Mohd Julaspi, Pengarah Penyiaran Sabah, bersalaman dengan Tun Mahathir Mohamad setibanya Perdana Menteri di lapangan terbang pagi tadi. Gambar SNT/Zakaria Damit

Perdana Menteri dan rombongan dijadualkan berlepas balik ke Kuala Lumpur pada jam 4 petang nanti.-SabahNewsToday