Pilih Bahasa

40 JAM HABISKAN MISI EKPLORASI PUNCAK KINABALU

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KUNDASANG: Walaupun mengambil masa lebih 40 jam menghabiskan misi menawan Gunung Kinabalu namun ia bukan halangan buat sekumpulan belia menakluki puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu, dekat sini, semalam.

Disertai seramai 30 peserta terdiri belia daripada Selangor, kumpulan pertama tiba di puncak Kinabalu kira-kira jam 6.30 pagi sebelum disusuli kumpulan terakhir sekitar jam 7.30 pagi.

Seramai 30 orang belia daripada Selangor menyertai program Ekplorasi Puncak Kinabalu, semalam. Gambar SNT/ Ihsan Mohd Khairuddin Othman

Exco Pembangunan Generasi Muda Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata antara cabaran besar dihadapi sepanjang pendakian termasuklah cuaca sejuk mencecah tiga darjah celcius, kekejangan, kebas anggota badan dan mabuk gunung.

“Pendakian Gunung Kinabalu ini menuntut ketahan mental dan fizikal namun bersyukur semua peserta dapat turun ke kaki gunung dengan selamat.

Seramai 30 orang belia daripada Selangor menyertai program Ekplorasi Puncak Kinabalu, semalam. Gambar SNT/ Ihsan Mohd Khairuddin Othman

“Selain itu, semangat berpasukan antara sesama peserta dan bantuan Malim Gunung juga penyumbang kepada kejayaan eksplorasi ini.

“Kesungguhan kita ini menunjukkan cabaran sukan ekstrem juga mampu melahirkan generasi muda yang sihat, cergas
dan sentiasa tabah menghadapi cabaran dalam apa sahaja situasi,” katanya mengenai program Eksplorasi Puncak Kinabalu.

Semua pendaki tiba di Timpohon Gate sekitar jam 10.30 malam semalam dan disambut oleh wakil Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor.

Seramai 30 orang belia daripada Selangor menyertai program Ekplorasi Puncak Kinabalu, semalam. Gambar SNT/ Ihsan Mohd Khairuddin Othman

Sementara itu, Mohd Khairuddin berharap kejayaan program berkenaan mampu memberi inspirasi kepada anak muda lain supaya terlibat dalam aktiviti sukan khususnya sukan ekstrem.

“Pendaki muda yang terbabit pendakian kali ini berjaya membuktikan tiada perkara mustahil boleh dicapai kerana ada antara mereka baru pertama kali mendaki gunung tetapi berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu.

Exco Pembangunan Generasi Muda
Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman menunjukkan madel dan sijil kejayaan menakluki Gunung Kinabalu sempena program Ekplorasi Puncak Kinabalu. Gambar SNT/ Ihsan Mohd Khairuddin Othman

“Semangat peserta Eksplorasi Puncak Kinabalu untuk mengibarkan bendera Selangor dan Malaysia di puncak tertinggi Asia Tenggara ini wajar dicontohi anak muda lain di Selangor dan negeri lain,” katanya.-SabahNews Today