Pilih Bahasa

40 peserta Pertandingan Golf Silaturahim KBS

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

RANAU: Seramai 40 peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Golf Silaturahim anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang diadakan di Mt Kinabalu Golf Club, Kundasang, dekat sini.

Pertandingan ini bertujuan untuk memilih peserta yang bakal mewakili Sabah ke Kejohanan Golf Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia yang dijangka berlangsung pada 5 hingga 8 Mac di Nilai Springs Golf and Country Club, Negeri Sembilan.

Rosmadi (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Pertandingan Golf Silaturahim. – Gambar SNT/Ihsan JPANS

Meskipun sesi pertandingan yang berlangsung seawal pagi diiringi hujan gerimis, namun semangat kesukanan peserta yang terdiri dalam kalangan penjawat awam negeri Sabah tidak pernah luntur.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Setiausaha Tetap KBSS Mohd. Yusri Abdullah bersama Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap KBS, Neldin Gimbang dan Pengarah Jabatan Bendahari Negeri Sabah, Rusdin Riman. – SabahNewsToday