Pilih Bahasa

400 asnaf terima bantuan pihak swasta

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Gurahman (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima. – Gambar SNT/Ihsan Bersatu Kudat

KUDAT: Kira-kira 400 golongan asnaf terdiri balu, fakir, miksin, kurang upaya serta anak yatim menerima sumbangan raya dan beras daripada syarikat swasta di negeri ini untuk meringankan beban keperluan harian mereka.

Timbalan Ketua Srikandi Bersatu Kudat, Norlizah Gurahman hikmah disyariatkan zakat bagi membantu golongan yang memerlukan amat besar dan ini dapat dilihat dalam situasi kehidupan pada hari ini.

“Zakat mempunyai kaitan rapat dengan persoalan ekonomi khususnya bagi memastikan prinsip keadilan dari segi pengagihan kekayaan dalam sesebuah masyarakat.

“Sebagai rukun Islam keempat, zakat telah menjadi alat dasar fiskal untuk membantu nasib golongan fakir dan miskin seterusnya mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan,” katanya dalam majlis penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf di daerah itu semalam.

Kira-kira 400 golongan asnaf terdiri balu, golongan kurang berkemampuan, miksin dan anak yatim yang hadir pada majlis penyerahan bantuan di Kudat. – Gambar SNT/Ihsan Bersatu Kudat

Golongan asnaf terdiri daripada balu, fakir, kurang upaya dan anak yatim menerima sumbangan raya dan beras daripada seorang usahawan tempatan yang berasal dari Kudat iaitu Datuk Gurahan Lolong.

Norlizah berkata membantu anak-anak golongan asnaf mendapat pendidikan dan peluang untuk menuntut ilmu yang sama seperti kanak-kanak lain yang lahir dalam keluarga berkemampuan juga adalah disyariatkan.

Sementara itu Gurahman berkata sumabangn tersebut merupakan zakat beliau terhadap golongan asnaf yang ada di sekitar daerah Kudat.

Menurutnya, bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak diharap dapat mengurangkan beban mereka dan memberi sedikit kegembiraan diwajah penerima. – SabahNewsToday