Pilih Bahasa

46 individu ditahan dalam tempoh seminggu, terlibat dengan aktiviti dadah

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Seramai 46 orang berjaya ditangkap dalam beberapa operasi yang dijalankan oleh pihak polis selama seminggu sejak 6 April.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata berkata kesemua tangkapan dibuat sekitar Tanjung Aru, Kampung Sembulan, Kampung Labou dan sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Antara individu yang ditahan ketika operasi berkenaan. Gambar SNT/Ihsan Polis

“Tangkapan melibatkan kesalahan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai lima orang ditangkap di bawah kategori bekalan dan pengedaran, 13 orang ditangkap atas kesalahan memiliki dadah dan 33 orang lagi bagi kesalahan urin.

Polis Kota Kinabalu juga berjaya membanteras kegiatan pengedaran dadah yang melibatkan seorang lelaki warganegara Filipina dengan hasil rampasan 153 gram dadah dipercayai jenis syabu.

Dalam tempoh tersebut juga, pihak polis telah menahan seramai 41 warga tempatan dan lima orang warga asing yang berumur dari 18 tahun sehingga 58 tahun.

Manakala, jumlah keseluruhan rampasan pada tempoh ini adalah sebanyak 210.80 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM31,600.

George berkata usaha untuk membanteras pengedaran dan penagihan akan diperhebatkan serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan ketenteraman kawasan Kota Kinabalu khususnya.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan janayah narkotik ini dalam usaha pembanterasan jenayah ini berleluasa di Kota Kinabalu. -SabahNewsToday