Pilih Bahasa

5,000 pengunjung dijangka hadir Sambutan Raya dan Kaamatan anjuran Peradap

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Kira-kira 5,000 pengunjung dijangka hadir sempena Sambutan Raya dan Kaamatan anjuran Persatuan Pekebun Kecil Sawit dan Getah Sabah (Peradap).

Acara berkenaan bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Julai ini bertempat di Komplek Sukan Kudat.

Thomas Mojuga. Gambar Fail SNT

Presiden Peradap, Datuk Thomas Mojuga berkata majlis itu dijangkakan bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Thomas berkata pelbagai aktiviti menarik turut diadakan spanjang penganjuran dua hari acara terbabit termasuklah Unduk Ngadau, pertandingan sukan darat dan aktiviti bagi kanak-kanak.

“Sambutan ini julung kali kita adakan malahan lebih istimewa apabila ia membabitkan dua peraya utama iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

“Perbincangan dan persedia sudah mula dilaksanakan samaada diperingkat jawatankuasa mahupun daerah.

“Kita harap semua perancangan ini berjalan lancar serta mendapat sokongan warga Kudat dan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media bagi memaklumkan perkara berkenaan, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Thomas berkata tujuan utama penganjuran sambutan itu adalah bagi merapatkan hubungan antara ahli persatuan yang terdiri daripada pekebun kecil getah dan sawit diseluruh negeri.

Sementara itu, beliau meminta orang awam khususnya warga Kudat serta kawasan berhampiran untuk hadir memeriahkan acara dua hari itu. -SabahNews Today-