Pilih Bahasa

58 INDIVIDU DITAHAN ATAS KESALAHAN BERKAITAN DADAH

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Sebanyak 29.38 gram dadah jenis syabu bernilai RM4,400 dirampas dalam beberapa siri Op Sarang dilaksanakan polis bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata semua dadah dirampas berkenaan adalah hasil operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KK bagi tempoh seminggu bermula 9 sehingga 16 Februari lalu.

Pegawai polis daripada IPD Kota Kinabalu menunjukkan sejumlah dadah yang dirampas sepanjang operasi di Kota Kinabalu. Gambar SNT/ Ehsan IPD Kota Kinabalu

Habibi berkata seramai 58 individu berumur antara 14 sehingga 49 tahun ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya sepanjang operasi terbabit dilaksanakan.

“Daripada bilang ini, 20 individu ditangkap berikutan kesalahan memiliki dadah manakala 38 orang atas kesalahan urin.

“Menerusi jumlah sama, seramai 46 orang adalah warga tempatan dan 13 individu lagi merupakan warga asing Filipina,” katanya.

Seramai 58 individu berumur antara 14 sehingga 49 tahun ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya sepanjang operasi dilaksanakan IPD KK di Kota KInabalu. Gambar SNT/ Ehsan IPD Kota KInabalu

Habibi berkata tumpuan operasi ialah sekitar kawasan bandar raya, Likas dan Kampung Lobou, Menggatal.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya bakal meneruskan usaha membanteras pengedaran serta penagihan dadah sekitar daerah Kota Kinabalu.

Seramai 58 individu berumur antara 14 sehingga 49 tahun ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya sepanjang operasi dilaksanakan IPD KK di Kota KInabalu. Gambar SNT/ Ehsan IPD Kota KInabalu

“Kita akan memperhebat dan mempertingkatkan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa untuk kesejahteraan serta ketenteraman awam.

“Bagaimanapun, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) meminta orang awam agar sentiasa menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah khususnya narkotik agar akitiviti negetif ini tidak terus berleluasa,” katanya. -SabahNews Today