Pilih Bahasa

80 asnaf terima sumbangan Aidil Fitri

TAMPARULI: Seramai 80 golongan fakir, fakir miskin dan anak yatim di sini menerima sumbangan bantuan makanan hari ini.

Sumbangan berupa makanan kering itu disumbangkan Perbadanan Kewangan Negeri Sabah (Sabah Credit Corporation) atas inisiatif kerajaan negeri.

Madius (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima. Turut kelihatan Joanna (tiga kanan), Herman (tepi kiri) dan Jeffry (dua kanan).-Gambar SNT/Ihsan Pejabat MTI

Penyampaian sumbangan disempurnakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Turut bersama menyampaikan sumbangan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Jo-Anna Sue Henley Rampas.

Madius berkata adalah diharapkan sumbangan itu dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan terutama pada menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kerajaan negeri akan sentiasa perihatin untuk membantu meringankan bebanan rakyat khususnya golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang wakil penerima, Salim Osman, 56, menyampaikan ucapan terima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri dalam membela nasib golongan yang memerlukan.

Salim Osman.-Gambar SNT/Ihsan Pejabat MTI

“Ini adalah satu tanda keprihatinan bahawa golongan yang tidak berkemampuan di negeri sentiasa diberi perhatian.

“Terima kasih, sesungguhnya sumbangan ini sangat bermakna terutama dalam persediaan untuk sambutan Hari Raya,” katanya.

Seorang lagi wakil penerima, Noraini Kion, 55, turut menyatakan kesyukuran kerana sumbangan itu tepat pada masanya ketika umat Islam dalam persediaan menyambut Hari Raya Adilfitri.

Noraini Kion.-Gambar SNT/Ihsan Pejabat MTI

“Walaupun pada kali ini telah dimaklumkan bahawa tidak ada rumah terbuka raya dan kunjung mengunjung antara satu sama lain, namun sambutan ini masih diraikan untuk sesama ahli keluarga.

“Jadi sumbangan ini sekurang-kurangnya membolehkan ahli keluarga dapat meraikan suasana hari raya di rumah masing-masing,” katanya.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Tamparuli, Herman Tungginging, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli, Jeffry Teo dan Setiausaha Politik Madius, Joisin Romut.-SabahNewsToday