Pilih Bahasa

800 liter minyak petrol gagal diseludup ke Filipina

Oleh Nasrawati Syarifuddin

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan seorang lelaki dipercayai cuba menyeludup keluar 32 jerikin berisi 800 liter minyak petrol ke negara Filipina.

Suspek warganegara Filipina berusia 23 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di pondohan kawasan bakau, Pulau Bohey Dulang, dekat sini, kira-kira pukul 9 pagi.

Semua minyak petrol terbabit dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut. Gambar SNT / Ihsan PPM Semporna

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata lelaki terbabit ditahan hasil intipan dan Maklumat yang dijalankan Unit Risikan Marin (URM).

“Modus operandi yang digunakan suspek adalah membawa 32 jerikin berisi petrol sedikit demi sedikit dari pekan Semporna dan dikumpul di sebuah kawasan hutan bakau yang sukar dilalui sebelum membawa bekalan terbabit ke Filipina.

Suspek menyembunyikan minyak petrol berkenaan di kawasan yang sukar dilalui bot-bot lain. Gambar SNT / Ihsan PPM Semporna

“Bagaimanapun taktik yang digunakan suspek tidak mampu menghalang PPM untuk mengesan aktiviti suspek yang menyalahi undang-undang negara.

“Kita menemukan 32 jerikin berisi 800 minyak petrol yang di simpan di kawasan bakau berkenaan sebelum diseludup ke negara Filipina,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, semua barangan dirampas termasuk bot yang digunakan suspek untuk memunggah barangan terbabit dengan nilai rampasan RM16,164.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelasnya.-SabahNewsToday