Pilih Bahasa

86 keluarga tinggal sehelai sepinggang di Kinabutan Kecil

Oleh Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Sebanyak 86 keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4 Jalan Apas, dekat sini, hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima panggilan pukul 10.36 pagi sebelum menggerakkan 33 anggota dan tiga pegawai ke lokasi kejadian.

Kebakaran memusnahkan 86 buah rumah setinggan jenis kayu di Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4 Jalan Apas. Gambar SNT / Nasrawati Syarifuddin

“Sebanyak lima jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Angin kencang mengakibatkan api cepat merebak ke rumah berhampiran memandangkan jarak rumah antara satu sama lain adalah dekat.

Api dapat dikawal pukul 10.36 dan tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Gambar SNT /Nasrawati Syarifuddin

“Setakat laporan yang diterima sebanyak 86 buah rumah setinggan jenis kayu musnah dalam kebakaran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sabah News Today yang berada di lokasi melihat orang ramai turut membantu memadam kebakaran dengan mengambil air daripada rumah kediaman berhampiran.

Api bagaimanapun dapat dikawal pukul 11.36 daripada merebak ke kawasan lain dan dikawal sepenuhnya pukul 1.45 tengah hari.

Difahamkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian masih dalam siasatan. – SabahNewsToday