Pilih Bahasa

90 warga JPANS sertai program Retreat di Kudat

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KUDAT: Seramai 90 warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) menyertai Program Retreat JPANS yang diadakan di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Khidmat Pengurusan) JPANS, Maria Chong berkata program itu adalah salah satu agenda tahunan di bawah Program Pembangunan Pegawai Jabatan sejak 2013 lagi.

Peserta Retreat bergotong royong membersihkan kawasan di sekitar pantai Simpang Mengayau Kudat. – Gambar SNT/Ihsan JPANS

“Pada tahun ini Retreat JPANS diadakan di pekan Kudat yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kakitangan Gred 1 hingga 26 pada 6 hingga 7 September manakala gred 29 hingga 48 pada 13 hingga September.

“Melalui program itu, semua pegawai didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan cabaran fizikal dan mental dalam suasana kondusif, riang di luar pejabat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Warga JPANS yang menyertai program Retreat merakam gambar kenangan dalam program itu. – Gambar SNT/Ihsan JPANS

Turut hadir pada program itu ialah Pengarah JPANS Datuk Datu Rosmadi Sulai bersama Timbalan Pengarah (Pengurusan) Mohamad Osup.

Jelas Maria lagi objektif penganjuran Retreat adalah untuk menghargai komitmen dan sumbangan, selain memberi motiviasi, menilai potensi diri, serta memupuk ‘esprit de corps’ dalam kalangan pegawai yang terlibat.

Kumpulan yang berjaya menyelesaikan ujian aktiviti ‘Running JPANS’ pada program itu. – Gambar SNT/Ihsan JPANS

Antara pengisian yang diadakan sepanjang program tersebut ialah ‘Running JPAN’, sesi ‘Getting To Know You’ dan program tanggungjawab sosial dengan membersihkan sekitar pantai Simpang Mengayau. – SabahNewsToday