Pilih Bahasa

90 warga kerja KPLB jayakan Hari Sukan Kementerian

KOTA KINABALU: Lebih 90 warga kerja Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) menjayakan Kejohanan Badminton Kelab Sukan KPLBS sempena Hari Sukan peringkat kementerian sempena Bulan Sukan Negara di Dewan KPLB Sembulan.

Dua kategori dipertandingkan pada kejohanan itu yang dirasmikan oleh Menterinya, Datuk Ewon Benedick iaitu beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.

Ewon (kanan) menyampaikan piala pusingan kepada Fredian. – Gambar SNT/Ihsan KPLB Sabah

Selain badminton, acara lain yang turut diadakan ialah pertandingan bowling kelapa, darts dan cabutan tiket bertuah.

Tempat pertama dimenangi Pasukan Setiausaha Tetap (SUT), tempat kedua Kumpulan Menteri, Pasukan Pembantu Menteri 1 (ketiga) dan Pasukan Pembantu Menteri 2 (keempat).

Ketika berucap pada majlis itu Ewon berharap acara sukan seumpama itu dapat merapatkan lagi silaturrahim dan kerjasama sebagai satu pasukan di KPLB Sabah.

Fredian (berdiri, tengah) bergambar bersama pasukannya yang memenangi kategori badminton berpasukan. – Gambar SNT/Ihsan KPLB Sabah

“Kejohanan badminton ini bukan sekadar untuk mengisi sambutan Bulan Sukan Negara peringkat KPLB Sabah tetapi juga memberi peluang kepada para pegawai dan kakitangan kementerian merapatkan silaturahim dan kerjasama sebagai satu pasukan kerja.

“Tahniah kepada Kelab Kebajikan dan Rekreasi KPLB Sabah atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Badminton ini,” katanya.

Ewon (kanan) bersalaman dengan warga kerja KPLB yang menyertai kejohanan itu. – Gambar SNT/Ihsan KPLB Sabah

Turut hadir Pembantu Menterinya, Rasinin Koutis dan Dumi Pangiran Masdal; Setiausaha Tetap, Fredian Gan; Timbalan Setiausaha Tetap, Aftar Nurajat, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kementerian. – SabahNewsToday