Pilih Bahasa

98 ditahan kerana dadah sekitar bandaraya

KOTA KINABALU: Polis menahan seramai 98 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah di daerah ini bermula 27 Julai lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan ini membabitkan operasi dan serbuan yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Habibi. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Seramai 97 individu ditahan membabitkan sebanyak 23 serbuan dan kejayaan terbesar adalah rampasan dadah jenis syabu seberat 55.66 di kawasan pekan Inanam menerusi Ops Ice Breaker.

“Daripada jumlah tangkapan itu, seramai 75 adalah warga tempatan manakala 23 adalah warga asing yang berusia 14 hingga 59 tahun,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, jumlah keseluruhan rampasan menerusi 23 serbuan iaitu sebanyak 74.50 gram dadah yang dianggarkan bernilai RM11,175 mengikut harga pasaran dadah semasa.

“Hasil daripada serbuan dan tangkapan itu juga, seramai lima individu ditahan membabitkan kategori bekalan dan pengedaran dadah, memiliki dadah (18 orang), kesalahan urin (73 orang) manakala dua individu ditahan mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952; Seksyen 39A(1); Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 3(1) ADB 1952 LLPK.

“Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di daerah ini sentiasa diperhebatkan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan ketenteraman awam.

Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan lagi pembanterasaan jenayah, Habibi berkata, usaha sama daripada orang awam juga diperlukan dengan menyalurkan maklumat ke hotline IPD Kota Kinabalu di talian 088-529220 atau ke akaun Facebook Polis Daerah Kota -SabahNewsToday