Pilih Bahasa

Kapten Tambadau, Rawilson Batuil pemain terbaik Liga Premier Mei

Oleh Chris Maskilone

Gambar SNT/Ihsan Safa

PEMAIN TERBAIK LIGA … Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Peter Anthony menyampaikan anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Premier edisi Mei 2019 kepada Ketua Pasukan Sabah, Rawilson Batuil (enam dari kiri) sebelum pertemuan Sabah dengan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam hari ini.

Rawilson adalah pemain ketiga skuad Tambadau Sabah memenangi anugerah kelolaan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan asiana.my pada musim ini.

Rawilson, pemain terbaik Liga Premier bulan Mei. Gambar SNT/Ihsan Saga

Dua lagi pemain Tambadau yang telah memenangi anugerah tersebut ialah Luka Milunovic untuk bulan Februari dan Luis Junior untuk bulan Mac tahun ini.-Sabah NewsToday