Pilih Bahasa

Abang Jo lawat Tun Sakaran

Oleh Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengadakan kunjungan hormat ke atas mantan Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai di Kampung Likas, di sini, dipenghujung rangka lawatan beliau ke Sabah.

Mesra … Tun Sakaran (kiri) menerima kunjungan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di kediaman beliau hari ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Rombongan turut disertai oleh isteri Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan beberapa pegawai kerajaan negeri Sarawak.

Suasana semasa lawatan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari di kediaman Tun Sakaran di Kampung Likas hari ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Kunjungan hormat selama sejam itu diakhiri dengan sesi merakamkan foto kenangan bersama ahli keluarga Tun Sakaran bersama Ketua Menteri Sarawak bersama isteri selepas menikmati jamuan makan tengah hari di kediaman mantan Ketua Menteri Sabah dan TYT Sabah itu sebelum berangkat balik ke Sarawak.

Sebelum itu, Abang Johari turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di Bukit Nenas, Kota Kinabalu. -SabahNewsToday