Pilih Bahasa

Adik-beradik antara 10 ditahan positif dadah

Oleh Alfred Petrus

Suspek yang ditahan oleh AADK semasa Op Cegah dijalankan di Beaufort. Gambar SNT/Ihsan AADK Sabah

BEAUFORT: Pasangan adik-beradik antara 10 lelaki yang ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Beaufort di sini hari ini.

Ketua Pegawai AADK Beaufort, Effanehwati Lakat berkata operasi berkenaan dijalankan bermula pada pukul 1.30 hingga 3.30 pagi.

Antara suspek yang ditahan AADK semasa Op Cegah dijalankan di Beaufort – Gambar SNT/Ihsan AADK Sabah

Katanya kesemua suspek yang ditangkap berusia anta 20 hingga 54 tahun dibuat di tiga lokasi berasingan iaitu Kampung Kelabu, Mempagar dan Limbawang.

“Tangkapan dibuat disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kerana disyaki penagih dadah dan positif ujian air kencing.

Suspek yang ditahan oleh AADK semasa Op Cegah dijalankan di Beaufort. -Gambar SNT/Ihsan AADK Sabah

“Salah seorang daripada suspek tersebut adalah bekas Orang Kena Pengawasan (OKP) berumur 54 tahun terlibat semula dengan penagihan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Effanehwati berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Beaufort di talian 087 222667 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran. – SabahNewsToday