Pilih Bahasa

Adun Api-Api serah sumbangan kepada DBKK

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Grace Lee (lima dari kanan) mewakili Christina Liew menyerahkan tong komunal kepada Nordin Siman. – Gambar SNT/Ihsan PPM Api-Api

AGIH BANTUAN… Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Api-Api, Grace Lee mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-Api, Datuk Christina Liew menyerahkan tong komunal kepada Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

Selain tong komunal, Grace turut mengagihkan beberapa lagi kemudahan seperti papan tanda nama jalan dan water jet pump kepada DBKK.

Dalam program itu juga diadakan lawatan ke tapak perhentian bas (berhampiran bangunan tapak perpustakaan – KK-bypass) dan Taman Poket Lintasan Deasoka Jalan Gaya. – SabahNewsToday