Pilih Bahasa

Adun PBS tekad tidak akan khianati parti

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Adun PBS – Datuk Jahid Jahim (Tamparuli), Datuk Dr Joachim Gunsalam (Kundasang), Datuk Joniston Bangkuai (Kiulu) dan Julita Majungki (Matunggong) mengadakan perjumpaan pagi tadi.

Dari kiri: Dr Joachim, Julita, Jahid dan Joniston berjumpa pagi tadi. Gambar SNT/Ihsan PBS

“Kami maklum ura-ura yang bertiup kencang konon ada beberapa Adun PBS akan meninggalkan PBS. Kami sempat mengadakan perjumpaan pagi ini dan kami bertekad untuk terus bersama PBS dan tidak sama sekali akan mengkhianati kepercayaan yg diberi kepada kami pada PRU14.

“Walaupun rakan kami YB Abdul Rahman Kongkawang (Labuk) tidak sempat bersama dengan kami dalam perjumpaan pagi ini, kami yakin beliau bersama kami untuk terus menegakkan perjuangan PBS, parti yang telah memberi kepercayaan dan ruang kepada kami untuk bertanding pada PRU14,” kata mereka.

Hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijadualkan mengadakan satu sidang media khas di PPNS.-SabahNewsToday