Pilih Bahasa

Agong berangkat tiba di Sabah

Shafie (kiri) mengiringi Sultan Abdullah (kanan) turun dari pesawat. Gambar SNT/Ihsan Penerangan


KOTA KINABALU: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat tiba di Sabah pada jam 3.50 petang tadi.

Sultan Abdullah (tengah) bersalaman dengan Yusuf. Gambar SNT/Ihsan Penerangan

Baginda yang menaiki pesawat khas menerusi Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalannya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar.

DOA…Sultan Abdullah (tengah) turut mengaminkan bacaan doa keberangkatan baginda di Terminal 2 KKIA. Gambar SNT/Ihsan Penerangan

Selain menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak kepada Shafie, Seri Paduka Baginda juga dijadualkan menunaikan Solat Jumaat di salah sebuah masjid di Bandaraya Kota Kinabalu, esok.

Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) diiringi Shafie (kiri) bersalaman dengan para pemimpin masyarakat.

Turut berangkat, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib yang tiba pada jam 5.35 petang, manakala Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid pada jam 5.50 petang tadi.

Shafie (kiri) mengiringi Tun Abdul Taib (tengah) bersalaman dengan para pegawai kerajaan. Gambar SNT/Ihsan Penerangan

Selain para pemimpin masyarakat, sambutan di Terminal 2 KKIA juga dihadiri oleh ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan -SabahNewsToday/Penerangan