Pilih Bahasa

Agong berkenan lawat hospital wanita dan kanak-kanak Sabah

—Gambar Bernama

KOTA KINABALU, 7 Mac (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat melawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah di sini hari ini.

Turut mengiringi keberangkatan baginda yang tiba di hospital berkenaan pukul 3.30 petang ialah Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Keberangkatan tiba Sultan Abdullah dimulakan dengan acara menandatangani plak cenderamata sempena lawatan itu, sebelum baginda berdua menziarahi pesakit di hospital berkenaan.

Baginda berdua mengluangkan masa selama kira-kira 40 minit di hospital berkenaan.

Baginda berdua dijadualkan berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil dan tazkirah di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu pukul 6.15 petang ini.

— BERNAMA