Pilih Bahasa

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Dun dilantik Pengerusi Mara

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Azizah Dun dilantik sebagai pengerusi baharu Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuatkuasa 1 Mei.

Azizah menerima watikah pelantikan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar persekutuan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad di sini selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri.

Azizah Mohd Dun. – Gambar fail SNT

Azizah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sabah merupakan antara lima pengerusi baharu dilantik mengetuai agensi-agensi di bawah KPLB.

Empat lagi lantikan ialah Ahli Parlimen Jempol Datuk Haji Mohd Salim Sharif yang akan mengetuai Risda, Ahli Parlimen Bachok Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Kesedar), Adun Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh (Kejora) dan Senator Datuk Razali Idris (Ketengah).
 
Dr Abd Latiff dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan dibuat setelah mengambil kira keupayaan kepimpinan, pengalaman dan sumbangan mereka kepada rakyat.

Tempoh lantikan adalah bagi dua tahun mulai 1 Mei 2020 sehingga 30 April 2022. -SabahNewsToday