Pilih Bahasa

Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual menang tanpa tanding jawatan Pengerusi DAP Kemabong

Oleh Alfred Petrus

TENOM: Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual menang tanpa bertanding bagi jawatan Pengerusi DAP Cawangan Kemabong Sesi 2019-2020.

Katanya perubahan jawatankuasa ini adalah bagi merombak semula kepimpinan yang baharu untuk menguatkan parti dan ahli-ahli parti.

Noorita (duduk tiga kiri) dan Henry (duduk tengah) merakamkan kenangan bersama ahli jawatankuasa DAP Cawangan Kemabong baharu. Gambar SNT/Ihsan DAP

“Kita telah berjuang bersama-sama dalam pilihan raya yang lalu dan perubahan kepimpinan dalam parti ini adalah penting bagi mengukuhkan lagi kedudukan parti ini di sini.

“Dalam meneruskan perjuangan parti, kerjasama ahli semua parti sama ada ahli yang baharu atau lama perlu untuk menguatkan parti dan cawangan.

“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan semua ahli kepada saya untuk memimpin DAP Cawangan Kemabong,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan DAP Pekan Kemabong, baru-baru ini.

Penguasaan wanita dalam cawangan pada AGM kali ini adalah 87 peratus berbanding lelaki iaitu 13 peratus yang melibatkan hanya dua orang lelaki iaitu Dony Tay sebagai Timbalan pengerusi dan Chong Shui Sang selaku Juruaudit. 

Seramai 13 orang wanita yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa parti yang baharu bagi sesi kali ini.

Cawangan Pekan Kemabong adalah satu-satunya cawangan aktif berkategori A dalam kawasan parlimen Tenom. 

Hadir sama, Setiausaha Organisasi DAP Sabah, Henry Shim dan Ahli Jawatankuasa DAP Sabah Clare. -SabahNewsToday