Pilih Bahasa

AirAsia rai Kaamatan-Raya bersama 70 orang pengamal media Sabah

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: AirAsia berharap pengamal media Sabah akan terus menyokong syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan terutama sekali dalam usaha menjadi syarikat teknologi perjalanan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat menyampaikan rasa berterima kasih kepada pengamal media melalui sokongan yang diberikan terhadap inisiatif mereka sebelum ini.

Pengamal media merakamkan gambar bersama kakitangan AirAsia pada Sambutan Raya Kaamatan AirAsia di Le Meridian, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Segala kecemerlangan serta kejayaan yang kami kecapi sehingga hari ini, termasuk memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-11 di Skytrax, tentulah sukar dikecapi tanpa sokongan anda (media) semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Kaamatan-Raya bersama Media, di Hotel Le Meridien, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Komunikasi Kerajaan AirAsia Hamdan Mohamad.

Salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah, Gravin Wong dari OCDN, menerima hadiah tiket penerbangan ke Shenzen dalam majlis Kaamatan – Raya AirAsia. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Syarikat penerbangan berkenaan memenangi anugerah berkenaan melalui maklumbalas lebih 21.6 juta penumpang dari 100 negara serta lebih 300 syarikat penerbangan sekitar September 2018 hingga Mei tahun ini.

AirAsia juga memenangi anugerah Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Anugerah Penerbangan Kabin Premium Tambang Rendah Terbaik Dunia.

Anugerah Penerbangan Skytrax Dunia yang berprestij dianggap sebagai penanda aras global kecemerlangan syarikat penerbangan.

“Kami sangat menghargai dan berterima kasih menerima peluang ini untuk menganjurkan acara seumpama ini bersama media,” katanya.

Kira-kira serama 70 orang pengamal media dirai dan memeriahkan majlis tersebut dan ada antaranya memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu tiket penerbangan pergi balik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, Singapura dan China. -SabahNewsToday