Pilih Bahasa

AKTIFKAN SEMULA JAWATANKUASA TEKNIKAL SELESAIKAN MASALAH BERKAITAN KEWARGANEGARAAN DI SABAH

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen mengaktifkan semula jawatankuasa teknikal berkaitan masalah kewarganegaraan di negeri ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata jawatankuasa teknikal berkenaan sudah mula diaktifkan namun kini hanya tinggalkan mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga pengerusi jawatankuasa, Datuk Mohd Azis Jamman.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman menyampaikan ucapan sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud (kiri) bersama Pengarah JIM Sabah Datuk Musa Sulaiman pada selepas menyertai Fun Run Imigresen Sabah 2019 di Kompleks Sukan Likas. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan sudah diwujudkan sebelum ini namun hanya aktifkan semula sahaja.

“Ia diaktifkan semula dengan kerjasama kementerian dalam negeri dan bakal membincangkan pelbagai isu berkaitan kewarganegaraan di Sabah.

“Saya pernah ditugasakan di bahagian task for Tawau bermula tahun 2004 sehingga 2008 dan baru sahaja memegang jawatan kini sekitar sebulan lalu. Oleh itu, saya akan menggunakan pelantikan ini bagi bekerjasama  dengan pengerusi untuk mengatasi masalah kewarganegaraan yang masih berlarutan di negeri ini,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Fun Run Imigresen Sabah 2019, dekat sini, hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman melakukan pelepasan kepada lebih seribu peserta yang menyertai Fun Run Imigresen Sabah 2019 di Kompleks Sukan Likas. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Dalam Negeri

Yang turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mamah dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji.

Dianjurkan buat julung kali, acara larian terbabit itu sertai lebih 1,000 peserta terdiri dari kakitangan Jabatan Imigresen Sabah dan orang awam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman menyampaikan hadiah kepada pemenang Fun Run Imigresen Sabah 2019 di Kompleks Sukan Likas. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Sementara itu, Indera Khairul Dzaimee berkata pihaknya merancang mengadakan program sama di semua jabatan imigresen setiap negeri selain menjadikan ia aktiviti tahunan.

Beliau kata penganjuran aktiviti seumpama itu mampu mendidik semua warganya mengamalkan gaya hidup sihat selain boleh mendekatkan jabatan dengan masyarakat setempat. -SabahNews Today