Pilih Bahasa

Amanah gigih bantu kempen Warisan

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

BONGAWAN: Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli bersama pemimpin parti itu telah melawat dan meninjau Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parti Warisan Sabah (Warisan) Seladan dan beramah mesra dengan jentera pilihanraya PDM tersebut.

Beliau yang diiringi oleh Timbalan Ketua Wanita Amanah Sabah, Norfidah Yassin telah diberi taklimat operasi PDM Seladan yang mempunyai lebih 3,000 pengundi berdaftar.

Dr Mohd Hatta (tiga dari kiri) dan Norfidah (kiri) diberi taklimat operasi PDM Seladan. – Gambar SNT/Ihsan Amanah

Pemimpin Amanah, salah sebuah parti gabungan Pakatan Harapan (PH) kini berkampung di Parlimen Kimanis berkempen bagi membantu dan memastikan kemenangan calon Warisan, Datuk Karim Bujang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Terdahulu, Dr Mohd.Hatta yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan telah merasmikan Bengkel Membuat Kek dan Biskut di Dewan Kampung Kampung Seri Serbang, Bongawan. – SabahNewsToday